Aksi Yuna dan Qi di Eropah

Tuesday, May 15, 2012


Ni nak cerita skit pasal orang kampung hubby aku.. umah opah dia kiranyer sebelah jer lah ngan umah mak mentua aku .. ada gak la pernah jumpa si Yuna ni 1-2 kali masa kenduri kata Batu gajah, Peghok nun. Ayah dia tu dulu pernah ler jadi Officer kat tempat kerja aku sekarang nih... kalo nyer kat kg. sana diorang panggil Yuna ni Alis. Bagus budak nihh.... heee.


Kuala Lumpur : Ramai yang memandang sinis sebelum ini apabila mendengar cerita mengenai pasangan artis yang belum bernikah pergi bercuti bersama ke luar negara dan menunggu sekiranya ada gosip panas yang akan melanda pasangan itu sekembalinya mereka ke tanahair.

Malah ada juga yang sudah awal-awal lagi menabur fitnah dan memberikan komen yang bukan-bukan terhadap pasangan artis meskipun mereka belum pun menjejakkan kaki kembali ke bumi Malaysia.

Bagaimanapun, persepsi-persepsi buruk terhadap artis tanahair itu berjaya dinafikan oleh penyanyi popular tanahair, Yuna, dan pasangannya, Qi, yang baru-baru ini melancong ke benua Eropah bersama.

Ditemani oleh ahli keluarga, tidak ada sekeping pun gambar yang mempamerkan aksi kontroversi di antara kedua selebriti yang dikatakan sedang hangat bercinta itu.

Ucapan syabas wajar diberikan kepada Yuna dan Qi kerana mampu mengawal diri dan menjaga imej artis Malaysia beragama Islam meskipun berada di rantau orang, ratusan ribu batu jauhnya dari bumi sendiri.

Berikut adalah beberapa keping gambar Yuna dan Qi yang dipetik dari laman web hiburan terkenal Izyan.com dan Mediamalaya.com ketika bercuti bersama ke Eropah baru-baru ini;



Ok lah kan... tak ader la keterlaluan melampau ker haper action diorang nih... baru ler leh respect kann.. orang tua tengok pon tak ada la rasa malu.. btolll ... teruskan begini keh Yuna.


You Might Also Like

2 orang telah komen

  1. ramai2 artis lahir dari youtube, i like yuna the most!

    ReplyDelete
  2. sama la..i pon suka yuna... tapi ada sorang lagi nama Tasha Manshahar rasanyer..pon best jugak..tapi dia tu covering lagu org lain la..suara mmg best..

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images