::Apam Mekar::

Wednesday, September 11, 2013

 

Dah lama tak update resepi.
hari ni teringat pulak nk letak resepi ni kat blog
adik kita yang punyer resepi.. dia dah buat
mmg sedap tapi aku rasa nk kena kurangkan manis  
sebab aku ni tak tahan manis-manis sangat.

gambor kemudian ler upload yer.

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1 1/2 cawan air bikarbonat soda
500g gula kastor (aku letak 400g)
5 biji telor gred D
esen vanilla 
paper cup
pewarna merah @ ikut kesukaan uols key..

Cara-cara:
1. Pukul telor dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan ovallette dan esen vanilla, pukul lagi sehingga rata dan sebati.
3. Masukkan air soda dan pukul lagi sehingga rata dan sebati.
4. Last masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga rata dan sebati.
5. Boleh lah ambik lebih kurang 2 senduk adunan tadi, isikan dalam mangkuk lain dan bolehlah letakkan pewarna kesukaan anda.
6. Kemudian sudukan adunan yang warna asal ke dalam paper cup (saiz ikut suka), top-up dgn sedikit adunan yang berwarna tadi.
7. Susun dalam loyang dan bolehlah dikukus lebih kurang 10 minit.

** kekadang apam ni tak jadi mekar @ merekah atas nya.. tapi rasa sama jeww... hehee.. pernah pon buat ada yang tak jadi merekah..

~~ happy baking uolss and iolss  :) ~~



.
Janji nk masuk gambar...
Jeng jenggg...ni laa hasilnyerr
Mmuahh...

You Might Also Like

2 orang telah komen

  1. Try this kak,

    Pergi ke SETTING > COMMENT > cari COMMENT FORM PLACEMENT > tick EMBEDDED BELOW POST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt akk try...tq farra..kalo x blh gak nnt akk tanya lg boleh..hiii

      Delete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images