::Puding Kastad Ekspress:

Monday, September 24, 2012


Lebih kurang cam gini laa..tapi xder buahan koktel..kosong jew...hiii
Dalam pada baby tak sihat..sempat jugak la buat puding. Dah belek sana sini.. tak tau nak mamam apa. tapi tekak nih rasa nak makan sesuatu. So.. ini la terjadinya Puding Kastad Ekpress.. Hahaaaa...
Tengok tepung kastad ada lagi.. so... buat jer lahh..
Boleh gak makan sejuk-sejukkan tekak yer tak...ngehh!

Try la..keyy..sedapp
Resepi : Kredit -->>sitidelima.com (TQ akak)

Bahan-Bahan:
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastad

Sos:
1 tin susu cair
1 cawan air masak
4 sdb gula
1 sdt esen vanila
1 tin fruit koktel

Cara-cara:
1. Larutkan air dengan gula sampai hancur.
2. Masukkan tepung kastad. kacau sehingga berkilat.
3. Tapiskan dan masuk ke dalam loyang. Masukkan dalam peti sejuk.
4. Campurkan semua bahan utk buat kuah koktel. Panaskan di atas api sekejap. Boleh lah diangkat dan makan bersama puding tadi.

~ Selamat Mencuba ~

You Might Also Like

2 orang telah komen

  1. rajin betul puding memuding ni yek hehehe, pasti sedap!

    ReplyDelete
  2. xder la kak..x jugak rajin..baby sakit mulu ttu yg buat benda lembut n sejuk bg dia mkn..hehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images