Pegi cari barang utk hantaran adik nk bertunang and nk kawin. Sebelum nk pegi Nilai Ahad nii..pegi jejnjalan dekat GM martket tu. Sekali terjumpa plak kedai jual barang2 utk buat hantaran, bunag and bebanyak lagi laa...alamkk..aku mmg suka tgk benda2 ni. Minat lahh...lama jugak pusing2. Tengok harga. Kot2 ada yg boleh nk di shooping nanti. Tapi..fikir2 bali..xper lahh..lepas pegi Nilai nanti baru dtg lg. Nak compare harga. lebih kurang ker..sama ker..mahal ker..cmn2 jer lah. Sok2 senang kalo nk beli lagi kann. Barang2 yg ada boleh lah tahan. Pastu kedai borong kan..meti lah murah skit. Cuma nyer tak byk pilihan la sebab ada 1 kedai ni jer yg jual barang2 gubahan.
Anak aku hilang...hari ini aku pergi GIANT..beli belah barang rumah. Lepas dah siap tu..bawak budak-budak pegi makan. Si Azriel boleh plak..sambil makan sambil pegi tgk TV kat kedai CD tu..sekali pandang still ada kat situ.Tengah asyik layan si adik makan..bila tengok lagi skali dia dah hilang..ALLAH...berdebar rasa jantung aku. Mana plak pegi budak nih. Lepas bayar makanan, trus aku pusing tgk kat tempat jual mainan dia taker jugak. Pusing lagi tgk kat tempat indoor park tu..xder jugak. Aikk..adusss. Pusing balik pegi kat kedai makan tu..takut2 dia pegi cari aku kat situ..takder jugak. Alammakk...risau nyer aku...mana dia nii. Tetiba aku nampak dia berlari dari hujung tempat org jual pakain tuuu...dia pandang kiri kanan..mesti tgh cari aku la tuu. Aku pun trus pergi dkt dia...tapp..2-3 kali aku jentik telinga dia..dalam risau tu ada rasa marah jugak. Boleh dia pergi x cakap kat aku. Padahal dah pesan jgn main jauh-jauh...hishhhhsss...trus aku bw balik rumah. Cancel segala planning ingat nk bwk diorang main kat taman. Risauu sampai sakit kepala dibuatnyer. Anak..anak...macam-macam hal. Syukur dia tak hilang....
Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hasil daripada peningkatan drastik hormon estrogen dan progesteron. Akibatnya, tubuh anda menghasilkan lebih banyak lemak selain pada masa yang sama menyimpan lebih banyak air. Setelah bersalin, tubuh anda sukar untuk kembali ke bentuk asal dalam tempoh yang singkat.
Penurunan berat badan biasanya berlaku secara bertahap dan mengambil masa beberapa bulan lamanya. Oleh kerana itulah, timbunan lemak yang tertinggal juga tidak akan serta-merta hilang. Malah di situlah selulit biasanya timbul.
Tidak manis dipandang
Tahukah anda, selulit bukanlah sekadar gumpalan lemak biasa. Ia merupakan timbunan sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan. Apabila ini berlaku, permukaan kulit akan kelihatan tidak rata. Biasanya selulit banyak berselindung di bahagian perut, pinggul, punggung, paha dan lengan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi anda mempunyai selulit. Ini bergantung kepada baka, jantina, jumlah lemak dalam tubuh, umur dan ketebalan kulit. Apabila kesemua atau sebahagian elemen ini bergabung, ia akan membentuk sejumlah selulit di tubuh anda itu. Selulit tidak berbahaya kepada kesihatan namun ia tidak manis dipandang. Oleh kerana itulah kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak mahu segera melenyapkan selulit yang ada di sana-sini.
Apakah anda salah seorang daripada mereka? Jika jawapannya ya, anda perlu mengamalkan pola hidup sihat selain menjalani rawatan secara teratur bagi menghapuskan musuh ketat wanita ini daripada pandangan mata. >Aku adalah yg termasuk dlm golongan ini...plzz!!<
1. Rajin bersenam
Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.
Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.
Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.
2. Gizi seimbang
Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.
3. Urutan + aromaterapi
Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar.
Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.
4. Penggunaan krim atau losyen Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.
Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.
5. Minum ikut keperluan
Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.
>Aku minum air banyak...gelen bergelen...camana??<
6. Rokok beracun
Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.
>yg ni aku mmg takder ambik okeyyy...hehe<
7. Hindari tekanan
Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.
>alwiz tertekan...huhuhu..<
** Cuma tips jer...manalah tau boleh tlg org yg spesis ngan saya...gud luck to you guys and me
“Selamat pengantin baru Semoga kekal sampai ke anak cucu.” Inilah antara kata-kata ucapan yang sering menjadi pilihan setiap kali mengunjungi majlis perkahwinan rakan ataupun saudara mara. Namun, tidak semua perkahwinan kekal selamanya. Banyak yang kecundang di pertengahan. Mengapa?
Kepada yang belum pernah melaluinya, perkahwinan dianggap sebagai syurga. Segala-galanya manis dan indah belaka. Sama seperti ketika sedang hangat bercinta dahulu. Namun, hakikatnya banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi setelah sah bergelar suami ataupun isteri. Orang sering berkata cinta itu buta. Tapi sebenarnya, perkahwinan benar-benar membuka mata. Memang masa bercinta dahulu, semua keburukan pasangan anda tidak nampak. Tup,tup lepas sahaja berkahwin, terbukalah segala pekung di dada. Kelemahan dan keburukan terbongkar. Tapi, apa nak dikata, ikatan sudah termeterai. Teruskanlah sahaja dengan seribu tekad di dada, memperbaiki kelemahan diri agar mahligai yang dibina tidak kecundang di tengah jalan.
Dalam zaman yang serba moden ini, perkahwinan juga sudah moden. Berkahwin dan kemudian bercerai sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang. Bahkan ada yang berbangga dengan pencapaian mereka. Mampu kahwin dan berkahwin lagi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkahwinan hanyalah sekali. Itulah pasangan sehidup semati, walaupun pada mulanya tanpa persetujuan. Dek kerana tidak mahu menderhaka, kehendak ibu dan ayah terpaksa dituruti. Dan syukurlah, ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
Berbicara tentang kisah rumah tangga ini, semua orang lebih banyak mendengar cerita yang buruk daripada yang baik. Kisah suami isteri bercerai-berai sudah terlalu biasa didengar. Hinggakan ramai yang malas hendak ambil kisah tentangnya. Namun, pada hakikatnya, kisah inilah yang perlu kita terokai. Cari sebab mengapa perceraian itu terjadi. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bagi sesetengah orang, perkataan cerai ini memang boleh meremangkan bulu roma. Begitu jugalah dengan saya. Nauzubillah, minta dijauhkanlah daripada kita semua.
Agar rumah tangga anda sentiasa berseri dan bercahaya, banyak yang boleh dilakukan. Tahukah anda yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan dan bukannya penamat. Banyak yang perlu anda pelajari apabila telah menjawat jawatan suami ataupun isteri.
Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukannya. Setelah berkahwin dan dapat apa yang dihajatkan, mereka lupa untuk terus membajainya. Segalanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akibatnya, hidup berumah tangga semakin membosankan. Jadi, apa lagi? Mulalah ada yang cari makan di luar. Semuanya bermula dengan sikap tidak endah. Menganggap semua perkara mudah.
“You ni, Sara, asyik dengan kawan-kawan saja. Habis suami you kat rumah tu macam mana? Tak marah ke dia,” kata Salina kepada rakan baiknya, semasa mereka berkaraoke dengan rakan-rakan lain. “Alah, tak payah risaulah. Rumah tangga I okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun. Hubby I tak pernah bising pun fasal rumah tangga kami. Dia pun tak pernah larang I nak keluar dengan kawan-kawan,”balas Sara.
Rumah tangga seperti inilah yang bahaya wahai Sara. Walaupun perkahwinan anda berada di dalam keadaan yang baik, anda haruslah sentiasa memeriksanya. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam diam-diam, dia “ngap” kita. Jika semasa memeriksa rumah tangga kita, dan didapati ada masalah, segeralah cari jalan untuk mengatasinya. Janganlah tunggu sehingga masalah tersebut menjadi parah. Bahaya! Kalau nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi.
DAH LAMA TAK BER BLOG NIH...HEHE....MALAS JER..KEKADANG BILA NAK START BLOGGING .... ADA JER YG KACAU DAUN .... SAPER LAGI ... ANAK2 LAAA ... BAPAK NYER ..... HMMMMM .... SELALU TAKDER DRPD ADA .......... BILA BEBUDAK NI START PROGRAM DIORANG ... DAH JADI LUPA APA NAK DITULIS DALM BLOG .... KEKADANG NAK UPLOAD GAMBAR KER .... QUOTE KER ... SUMER TERGENDALA ..... HEHE ... HARI NI PLAKK .... CAM MALAS JER NAK CARI STORY .... TAPI INGAT ESOK AKU AKAN UPLOAD GAMBAR KITORG PEGI SUNWAY LAGOON BEBARU NIHHH ..... DGN MY B.I.L AND KIDS AND MY FAMILY TOOO ....>ROJAK NYER BAHASA< (SORI YER...).....
Hari ini aku dah pegi beli no unik ID tu kat BSN...dah isi borang online kat UPU website KPM...tapi lom hnatar lagi...sebab aku tgh pikir....perlu ker aku semak balik form tu n tukar course yg aku nk ambik tuu....hmmmm....Insyaallah...by next week...akan dibereskan...bila dah submit nak tunggu plak..dapat tak pegi exam nyer....dah habis exam nyer..nk tunggu plak boleh dapat interview ker tak...aduhaii...hope the luck on my side this time...to be a teacher.... :)
Aku suka tulisan ini...Kenapa Kita Melahirkan Anak..Sumer boleh baca okey..:)
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.
Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.
Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:
1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.
Cuti baru nih..g PD..tido semalam kat sana. Abg Ipar ku belanja..hehe..a.k.a....abang kepada hubby aku...Permaisuri Resort nama tempatnyer. Menarik jugak. Ada swimming pool, dekat ngan pantai, boleh mandi laut. Tapi aku time tuh.."bulan merah" daaa....so..xder la nak memandi manda. Hanya bebudak n hubby ku sajer yang ber"selak" main kat pool tuh..pastu sambung plak pegi mandi laut. mak Aihhh...balik jer dari PD....sumer nyer dah jadi kelam melam..segala kulit bertukar warna..hahaha...tapi xper. janji happy dan enjoy. bukan slalu dapt gathering sebegini. Sekali sekala...syok gak..kalo 2kali 2kala...lagi best kann...hahha...nak pegi bercuti lagi lah...hmmm..next destination...where?.....hehe..akan difikirkan nanti.... :)
Tak tertahan rasa hati mendengar kisah allayarhamah Safiyah..bagaimana seorang manusia sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang kanak-kanak yang berusia hanya 3 tahun...Hilang kata-kata.. :( ..
Hari ini suamiku a.k.a. si dia MC..sbb denggi hari tu laa. Semalam si dia boleh pegi KL hanya untuk tgk kawan main bola. Hari ni...langsung x tepon kita yang keje kat opis nih..langsung tak tanya anak ok ker tak..langsung x tanya dah makan ker tak kita nihh..tup2 bila aku balik dari keje..aku tgk sliding door umah aku tutup rapat jer...hmmmm..aku tgk keta kancil pun xder...mesti dah kuar niii....Apa lagi..menyirap rasanya darah ku ini. Aku tepon dia.........katanya ada kat Kelana Jaya.........kat stadium.........pegi tgk bola........LAGIII!!!....haaa...aduiiii....gerammmm.....aku dgn penat nyer hari ini..dgn anak-anak meragam dalam kereta..hampir-hampir nak acccident petang ni..dia boleh hilang gitu sajer. masuk umah jer...aku tgk lampu bilik dgn bilik air buka..habuk ubat nyamuk bersepah atas lantai x dikemas...tilam dgn bantal kat hall pun tak di tolong simpan...kain dalm mesin basuh pun x ditolong sidaikan. Apaaa....pegi tgk bola sampai ke KL ke KJ bulehhhh...yang kita ni pegi keje..balik keje..ingat boleh dudok rehat kejap...xleh gak arrr...mata x tahan nengoknyer...kemas sana kemas sini..hari dah gelap dahhh....sudah malam...hari ni mood baik-baik dah hilang timbul mood nak AMARAH jerrr nihhh...oleh itu....aku decide nk bawak anak-anak mkn kat luar sajer....tak ada sup ketam ker...100plus ker...dah sihat kann...pandai cari ubat sendiri kann...okeyyy..jaga la diri sendiri..Stop....Arghhhh...Stop.
> udah 2 hari anak-anak tak sembang ngan abah nyer kerana abahnyer keluar masa anak dah pegi sekolah...abah akan balik bila anak dah tido....apa perasaan mereka??<
P/S : Bila masa bercinta sumernyer indah belaka....sehari sekali mesti call..takpun SMS..bila dah kawin...ada anak 2 org...1 sms pun tadak...call pun langsung tadak dalam 1 hari....begitu ketara perubahannya kan...hmmmm...adakah lumrah suami begitu?
Balik keje haritu..tetiba rasa macam nak makan pizza..tapi taknak makan pizza hut....kebetulan jenjalan kat JJ bukit Tinggi tu...sebelum balik umah...nampak ler Papa's pizza...rasa nak try. Aku pun dengan kecur air liurnyer ajak ler suami n bebudak tu pegi makan. Dengan perkataan manis ler...xper bang, Azi belanja okey...jom makan. Suami pun tanya..aikk...tetiba nak belanja nih...dapat duit lebih ker?....hehhehe...adalah kannnn....tapi yang sebenarnyer..nak makan pizza..kalo x cakap gitu kang..bukan nyer nak laki aku tuhhh....taktik skit arrr....heheh....Sedappp!!...nanti nak pegi lagi lahh...dia lain skit daripada Pizza Hut atau Pizza2 lain lahh..taste dia..mmmm...lazat..bajetnya....mmm...lebih skit kot daripada pizza hut...set dia ada lain skit isi kandungannya....Boleh lah cuba....okeyy..
BEFORE EAT
ICE LEMON TEA, SPRITE AND HOT TEA
GARLIC SOUCE , CHILLI N SOUR SOUCE...MCMN NK MAKAN?
X SEMPAT NAK SNAP YG BELUM MAKAN NYER.......DAH ABIH DAHHH....
Alahai...suami ku di suspek demam denggi...kesian kat dia..ni dah second time kena. Dulu dia demam denggi teruk masa kitorang baru ker kawin. Time tu plak aku tengah alahan pregnant anak pertama..aku teruk giler mabuknyer. Yang dia plak demam denggi tahap 1/2 kritikal dah... Alhamdulillah..anak-anak sumer okey. Takder demam ker..sakit2 teruk..sejak diorang dah besar nih. Aku plak...hmmm..memang ler payah nak dapat sakit. Antibodi tahap gaban tuh...hahhaha..kekadang nak gak sakit. Dapat la MC lama2 skit..tapi jarang sangat. Bila mengandung jer baru dapat MC sampai 7 bulan non-stop. Muka aku pun dah jadi penghuni tetap hospital2 kerajaan yang berkenaan. hehe... :).. Dia skang ditahan di wad HTAR Klang..Aku x dapat la nak pegi temankan dia pasal 2 org anak2 ini perlu dijaga...huhu..lagi satu..dia pegi hospital sendiri bawa keta.. keta kancil yang ada kat rumah ni palak rosak...sooo...aku pun x boleh ler nak kemana-mana niihh...nasib baik adik ku ada di Sepang. Apa-apa hal boleh la mintak tolong ngan dia...Sudah 3 hari aku menghantar dia ke klinik kesihatan utk ambik darah....platlet dia semakin turun plak..demam dia dah kebah tapi platlet darah turun..pelik kan..ini lah perbuatan NYAMUK....huhu...daripada 118mg ke 105mg..so no choice..kena admit jugak ler...Hope he will recover soon. Insyaallah...esok lah baru aku pegi lawat suami di HTAR..tunggu kereta dari sepang datang Klang....
Balik kampung. Balik umah bonda beta. Hihii...tapi panas betol...last-last malam semalam kitorang ber decide..dah malam-malam buta pukul 10:00 malam....jom la pegi naik bukit Genting. Tujuannya hanya untuk menyejukkan badan. mentang-mentang ler umah aku dekat ngan bukit genting tuhh...pegi aje laaa...dah sampai atas..punya la ramai orang kat atas tuh...berpusing-pusing cari parking. last-last parking jer kat tepi jalan..sejukkkkk...menggigil-gigil la plak. Apa pun memang best...hajat untuk menyejukkan badan tercapai..hehe...bawa adik dan bebudak kecik 2 orang tuh..sejuk nyer pasal...on teh way nak balik bebudak tu pun tido..senang kan. Pukul 1;00 pagi baru kitorang turun dari atas bukit tuh....tapi..masih ramai lagi yang berpusu-pusu naik atas..aku pun tak tahu...Tujuannya sama dengan kitorang atau ada tujuan lain..anyway..kat atas bukit GENTING itu memang sejukkkkk.....best!...
[Me and my adik-adik and anak-anak]
[My Hubby]
Haahhaa....June...we will come back!! with more excitement.....malam haritu pegi jenjalan ambik angin jer..soo..xder la main-main...anak2 sumer frust..wait laa yer..June nanti kita pegi main sumer benda yang ada..hihi..