♡♡MY CREAM PUFF♡♡

Tuesday, October 22, 2013

Baru nak Upload aktiviti 2 hari lepas
Buat ccream puff guna resepi dari azlita aziz. ..
mmg best n sedap..
Ingat nk buat lg laa sbb hrtu buat sikit jer..
sajer nk try kudap2 di
Ptg hr kan..taraaaa...ini laa hasilnya drpd yg
 bkn professional mcm aiii kannn...


nak resepi??
heeee... ai post kat sini resepi nyer ea.
credit to: blog azlita aziz

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
  5. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  6. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  7. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  8. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  9. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 
  10. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  11. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
  12. Pipe kan ke atas dulang
  13. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  14. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  15. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
  3. Masukkan telur dan kacau lagi. 
  4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  5. Masak sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
  6. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
 
 HAPPY COOKING!!!
 ❤❤❤❤❤❤

You Might Also Like

0 orang telah komen

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images