5 cara jadikan hari minggu menyeronokkan

Thursday, May 13, 2010

Hari Ahad memang hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang bekerja. Hari untuk berehat, berseronok-seronok bersama keluarga di rumah ataupun melakukan aktiviti yang sekian lama tertunda. Mungkin ada kalangan anda yang tidak tahu ada program hendak dilakukan pada hari Ahad bersama anak-anak selain tinggal di rumah. Mana tahu panduan berikut memberikan anda idea baru.

Pergi ke zoo
Ini antara agenda biasa yang menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak bersiar-siar. Banyak spesies haiwan dapat diperhatikan dan dipelajari. Semuanya dapat dilihat dengan hanya berkunjung ke satu tempat. Selain berhibur tatkala bercuti, ia dapat menambah pengetahuan anak-anak.

Bersiar-siar ke kawasan rekreasi
Beriadah bersama keluarga adalah satu aktiviti yang sihat. Menghabiskan masa hujung minggu di taman-taman rekreasi memang menyeronokkan kerana banyak yang diperoleh di tempat seperti itu. Persekitaran menarik, udara segar, secara tidak langsung pengetahuan tentang flora dan fauna juga bertambah.

Menonton wayang
Aktiviti ini memang digemari tidak kira orang dewasa mahupun anak-anak. Jika ingin membawa anak-anak menonton, pastikan filem pilihan sesuai ditonton seisi keluarga. Selain itu pilih waktu menonton yang sesuai. Waktu pagi adalah yang terbaik untuk anak-anak pra-sekolah kerana masih segar dan bertenaga.

Berenang
Jika anda dan anak-anak gemarkan aktiviti berenang, apa kata hujung minggu, bawa anak ke kolam renang atau berkelah di air terjun, laut atau sungai. Yang pasti lokasinya mestilah tidak jauh dari kediaman anda.

Melawat tempat bersejarah/muzium
Ada banyak tempat bersejarah di negara kita. Jadi tidak salah kalau memilih lokasi bersejarah sebagai tempat membawa keluarga menghabiskan hujung minggu. Bukan sekadar melihat barang-barang lama tetapi untuk tahu tentang kehidupan dan apa yang dirasai dan dialami oleh datuk moyang kita. Selain berlibur, pengetahuan anak-anak tentang sejarah tempatan turut bertambah.

You Might Also Like

0 orang telah komen

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images